KUALA NERUS, 14 Mac- Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Terengganu 2023 diwarnai dengan program derma darah.
Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata ia disertai sepenuhnya petugas-petugas kesihatan dari seluruh negeri itu.
"Program tahunan yang kini memasuki tahun keempat penganjuran menjadi serampang dua mata bagi menampung keperluan Tabung Darah Hospital.
"Terengganu terbuka untuk menyumbang bekalan darah ke negeri-negeri lain sekiranya terdapat keperluan berbuat sedemikian," katanya kepada pemberita di sini.
(Terengganu terbuka untuk menyumbang bekalan darah ke negeri-negeri lain
sekiranya terdapat keperluan berbuat sedemikian)