JOHOR BAHRU, 14 Mac- Johor bersama-sama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berjaya memberkas 27 individu dipercayai terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah, menerusi operasi di Plentong, Pasir Gudang.
Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata daripada jumlah itu, 20 suspek dikesan positif dadah, melibatkan syabu dan opiat.
Suspek berusia antara 20 hingga 59 tahun.
Tian Soon yang turut menyertai operasi tersebut memberitahu, gerak kerja operasi digerak mengikut aduan awam yang diterima.
"Operasi melibatkan 47 anggota AADK Johor, turut menahan suspek di kawasan pokok bakau berhampiran sungai, yang dikenal pasti menjadi sarang penagih dadah di kawasan berkenaan.
"17 mukim di Johor diklasifikasikan sebagai kawasan hotspot.
"Sasaran kerajaan mengurangkan kes di kawasan tersebut dalam masa lima tahun ini.
"Mukim yang mencatatkan jumlah penyalahgunaan dadah tertinggi, direkodkan di daerah Johor Bahru," katanya kepada pemberita di sini.
(Mukim yang mencatatkan jumlah penyalahgunaan dadah tertinggi,
direkodkan di daerah Johor Bahru)