fb fb fb fb fb

Kanak-kanak 11 tahun lemas di Pantai Damat

BACHOK, 14 Mac- Kanak-kanak lelaki 11 tahun dipercayai lemas ketika mandi bersama-sama lima lagi rakannya di Pantai Damat, di sini.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang semalam, Wan Muhammad Afif Danial Wan Mohd Nasir menghembuskan nafas terakhir selepas dibawa ke daratan.

Menurut saksi, Azimah Abdul Manaf, mangsa masih bernafas ketika diselamatkan.

"Saya bersama-sama abang ipar membawa kanak-kanak tersebut ke daratan. ketika kami membawa mangsa ke daratan, mangsa masih bernafas dan meninggal dunia tidak lama kemudian," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu untuk bedah siasat.


(Katanya, mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab ll,
Kota Bharu untuk bedah siasat)

Media Baharu