fb fb fb fb fb

PM semak perincian belanjawan, pastikan penyampaian terbaik

(Foto Facebook Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan menyemak perincian Belanjawan MADANI.

Menerusi catatan di Facebook, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata ia bagi membantu memastikan tahap penyampaian yang terbaik.

"Ia juga bertujuan memastikan permasalahan rakyat disantuni dengan cekap dan adil.

"Langkah tersebut penting bagi memastikan manfaatnya sampai kepada rakyat serta golongan masyarakat yang disasarkan kerajaan," katanya.

Belanjawan 2023, yang dibentangkan pada 24 Februari lepas, memperuntukkan sejumlah RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus dan RM99 bilion untuk belanja pembangunan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Pada 9 Mac, Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 yang merupakan belanjawan pertama di bawah kepimpinan Anwar, diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat.


(Foto Facebook Anwar Ibrahim)

Media Baharu