fb fb fb fb fb

JPM nafi Rabu cuti umum

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan dakwaan bahawa Rabu ini adalah cuti umum.

Ia susulan tangkap layar tular yang memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan cuti umum pada Rabu ini susulan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di Anugerah Akademi (Oscar).

"Tangkap layar berita bertajuk "PM Anwar declares public holiday on Wednesday: This is the pride of a nation!" oleh sebuah akhbar tempatan itu adalah palsu.

"Orang ramai dilarang menyebar atau berkongsi sebarang maklumat tidak pasti atau palsu.

"Tidak pasti, jangan kongsi," katanya menerusi catatan di Facebook.

Terdahulu, pelakon berkenaan berjaya merangkul kategori Pelakon Wanita Terbaik pada anugerah paling berprestij di Hollywood itu menerusi filem “Everything Everywhere All at Once”.

Filem tersebut turut menjuarai kategori Filem Terbaik.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu