fb fb fb fb fb

Isu tuntutan bayaran kerja lebih masa diperhalusi - KKM

PUTRAJAYA, 14 Mac- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum terhadap isu pembayaran kerja lebih masa bagi pegawai perubatan berikutan operasi klinik kesihatan yang dilanjutkan.

Menurut Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, perbincangan sedang dilakukan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan akan diperhalusi.

"Sebenarnya perkara itu kita sedang ambil perhatian dan kita telah lakukan perbincangan dengan JPA khususnya.

"Kita akan lihat dengan terperinci perkara ini dan aduan-aduan itu kita memperhalusinya," katanya.

(Foto fail)

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran Kongres Penyakit Berjangkit Tropical 2023, di sini.

Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial berhubung isu petugas kesihatan tidak dibenarkan membuat tuntutan pembayaran kerja lebih masa susulan pelanjutan tempoh operasi klinik kesihatan.

Sebanyak 52 klinik kesihatan terpilih telah terlibat dalam program lanjutan waktu operasi bagi menangani masalah kesesakan di jabatan kecemasan hospital.

Media Baharu