fb fb fb fb fb

Program Darul Ehsan Berselawat bakal diperluaskan ke seluruh Selangor- Amirudin

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari/FOTO RTM

SHAH ALAM, 1 Januari-Selangor bercadang memperluas program Darul Ehsan Berselawat ke seluruh daerah tahun ini sebagai usaha menyuburkan jiwa umat Islam negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata program itu akan diisi dengan alunan zikir, pengajian kitab warisan, turath selain selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

"Di tahun 2024 dan tahun-tahun mendatang insya- Allah program ini bukan hanya jadi program bulanan dan tahunan tapi program ini kita akan limpahkan di seluruh daerah di negeri selangor.

"Program yang di isi dengan zikir dan pengajian kitab warisan atau warisan.

"Program juga yang di isi dengan selawat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang akan kita laksanakan setiap bulan setiap masa yang berkesempatan sebelum kita buat program yang besar ataupun program dipanggil seperti Darul Ehsan berselawat 4.0. 5.0 dan selepas ini", katanya ketika berucap pada program Darul Ehsan Berselawat 3.0 sempena sambutan ambang Tahun Baharu di  Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam pada Ahad.

Lebih 10,000 umat islam hadir bersama sama mengalukan alunan qasidah dan selawat. 

Program tersebut bertujuan menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW, memohon keberkatan Allah dan menghindar daripada perkara memudaratkan rakyat negeri ini

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD