Program Citra Nusa@Muzium tonjol keunikan budaya orang asli

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Pengalaman melihat, mendengar, merasa dan berinteraksi secara langsung dengan budaya masyarakat Orang Asli menjadi tarikan utama Program Citra Nusa@Muzium: Magis Belantara 2026 yang berlangsung di Dataran Muzium Negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menonjolkan kepelbagaian seni, adat, kraf, gastronomi dan kearifan 18 suku kaum Orang Asli.
  • Pendekatan pengalaman langsung membina kefahaman lebih mendalam berbanding pembacaan semata-mata.
  • Program flagship Citra NUSA anjuran Jabatan Muzium Malaysia bersama Kementerian Perpaduan Negara mengangkat martabat Orang Asli.
  • Kerjasama JAKOA, PERHILITAN, Asyik FM dan komuniti mengetengahkan konsep budaya yang dipentaskan.

Program anjuran Jabatan Muzium Malaysia (JMM) itu memberi peluang kepada masyarakat mengenali lebih dekat kepelbagaian seni, adat resam, kraf tradisional, gastronomi serta kearifan tempatan masyarakat Orang Asli daripada 18 suku kaum di Semenanjung Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, pendekatan pengalaman secara langsung mampu membina kefahaman lebih mendalam berbanding pembacaan semata-mata.

“Alhamdulillah program ini merupakan Program Magis Belantara. Di bawah program NUSA, Citra NUSA, yang merupakan satu program flagship bawah Kementerian Perpaduan Negara dan dilaksanakan pihak Muzium negara.”

“Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Orang Asli Sedunia yang diraikan pada 9 Ogos setiap tahun. Sehubungan itu, program ini menjadi usaha dalam mengangkat darjat martabat masyarakat orang asli disamping memperkukuh perpaduan serta menghargai kepelbagaian budaya dan warisan mereka”

“Terdapat kira-kira 18 suku kaum orang asli di Malaysia dan lebih kurang 2,000 masyarakat orang asli hadir meraikan program yang diadakan.” katanya selepas merasmikan Program Citra Nusa@Muzium: Magis Belantara 2026 di Dataran Muzium Negara, di sini.

Tambah Datuk Haslina, masyarakat perlu melihat sendiri kehalusan seni anyaman, mendengar alunan muzik tradisional, merasai makanan warisan serta berinteraksi dengan komuniti Orang Asli, agar memperoleh pengetahuan, dan memupuk rasa hormat terhadap kepelbagaian budaya negara.

Program yang berlangsung dari 8 Ogos sehingga 9 Ogos turut mengetengahkan konsep ‘budaya yang dipentaskan’ (stage culture) menerusi kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Asyik FM serta komuniti Orang Asli.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.