fb fb fb fb fb

Program Citra Malaysia angkat tema 90-an

PUTRAJAYA, 1 Oktober- Memperkenalkan dan mendidik masyarakat tentang kepentingan seni budaya, fokus utama Program Citra Malaysia “Colours Of Malaysia” 2022 siri ketiga yang bertema Nostalgia 90-an.

Program anjuran Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) itu menampilkan keunikan dan kepelbagaian seni budaya di Malaysia.

Ketua Pengarah JKKN, Mesran Mohd Yusop berkata pihaknya komited melaksana pelbagai program dalam usaha memelihara seni dan budaya agar sentiasa relevan dengan peredaran zaman.

Sekali gus mempromosi seni budaya Malaysia kepada pelancong di dalam dan luar negara.

"Kita melihat tema 90-an salah satu genre diminati ramai sehingga hari ni, masyarakat hari ini pun masih mengalunkan irama 90-an.

"Kita tidak buat setempat supaya generasi muda lain khsusnya dapat menghayati seni budaya kita melalui program sebegini," kata Mesran.

(Mesran berkata Program Citra Malaysia angkat tema 90-an)

Bagi pengunjung program seumpama ini amat dinantikan setelah terpaksa akur dengan langkah kawalan pandemik yang mengehadkan mereka untuk beriadah dan berhibur.

"Terlalu lama pandemik dan PKP msing-masing perlukan hiburan di Putrajaya. Masing-masing perlukan hiburan macam ini, kita datang dengan keluarga jadi seronok," kata seorang pengunjung, Yusri Shafie.

"Bukan setakat nak berhibur tapi dapat maklumat budaya dan kesenian dan merapatkan masyarakat setempat dan mengisi kekosongan yang ada," kata seorang lagi pengunjung, Juriyah Amir

"Bagus sebab bila ada majlis macam ini, mereka ramai lepak jadi ramai tahu perkara macam ini, sebelumni PKP duduk rumah tekanan," menurut pengunjung, Aliyah Ridzuan.

"Untuk generasi muda, sangat penting kita tengok peredaran zaman industri muzik gabung kontemporari dengan tradisional jadi siapa lagi hendak tegakkan perkara ini kalau bukan JKKN sendiri," luah pengunjung, Muhammad Nazri Lanibi.

Media Baharu