fb fb fb fb fb

Lebih banyak peruntukan diperlukan, tingkat kualiti pengurusan kuarters kerajaan

PUTRAJAYA, 1 Oktober- Lebih banyak peruntukan diperlukan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi tujuan meningkatkan kualiti dan penyelenggaraan pengurusan kuarters kerajaan.

Ini termasuk Bangunan Gunasama Persekutuan, Rumah Peranginan Persekutuan selain melaksanakan dasar dan pembangunan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM, Datuk Mohammad Ismail berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan peruntukan secukupnya kepada Kementerian Kewangan.

"Memang kita sentiasa dapat peruntukkan daripada kerajaan untuk penyelenggaraan bawah BPH termasuk kuarters sekali. Setiap tahun kita akan tekankan dari segi penyelenggaraan supaya penghuni kuaters rasa selamat," kata Mohammad kepada media di Majlis Penutupan Program Sukan Komuniti Kuarters 2022 di Putrajaya.

Tahun ini lebih RM200 juta diperuntukkan kepada BPH bagi tujuan tersebut.

(Datuk Mohammad berkata lebih banyak peruntukan diperlukan, tingkat kualiti pengurusan
kuarters kerajaan)

Media Baharu