fb fb fb fb fb

Lapan penyelam dilaporkan hilang, selamat ditemukan

(Kumpulan penyelam berjaya ditemui selepas terapung selama 3 jam di Perairan Miri)

MIRI, 1 Oktober- Lapan penyelam termasuk dua lelaki warga China yang dilaporkan hilang semasa aktiviti menyelam berjaya ditemui selepas terapung selama tiga jam di Perairan Miri.

Kumpulan penyelam itu berjaya diselamatkan oleh Angkatan Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) petang Jumaat menerusi Personal Locator Beacons (PLB) milik salah seorang penyelam.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Miri, Komander Eizanizam Muhammad Eng berkata, "PLB milik Ceaser Wong yang turut terbabit dalam insiden tersebut berjaya mengesan kehilangan mereka."

Gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan sejurus menerima maklumat berhubung kehilangan lapan penyelam itu daripada Malaysia Mission Control Centre (MYMCC) pada pukul 1.50 petang.

Dalam kejadian petang Jumaat itu, kesemua lapan mangsa yang berusia antara 20 hingga 40 tahun telah berjaya ditemukan tanpa sebarang kecederaan kecuali mengalami kesejukan akibat hidrasi.

Enam orang mangsa telah dijumpai oleh bot Kilat 41 sekitar jam 5.05 petang sebelum bot Kilat 42 menemukan dua mangsa lagi pada jam 6 petang.

Operasi ini turut dibantu pihak Polis, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Laut.

(Operasi menyelamat lapan penyelam yang hilang di Perairian Miri)

Media Baharu