fb fb fb fb fb

Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor, libat 988 sekolah

SHAH ALAM, 7 Julai- Sebanyak 988 buah sekolah menerima peruntukan sebanyak RM26.5 juta menerusi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia bagi membaik pulih infrastruktur sekolah dan menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran selesa untuk guru dan murid di Selangor.

"Secara keseluruhan sejak 2008 sehingga sekarang kita telah membantu dan meningkatkan infrastruktur kemudahan dan sebagainya ini lebih daripada RM280 juta dalam tempoh 15 tahun pentadbiran dan pengurusan ini diberikan amanah untuk mengurusan negeri dan negara kita," katanya pada Majlis Penyerahan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 13 di sini.

Sebanyak enam kategori sekolah diberikan bantuan iaitu sekolah agama rakyat RM11 juta, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan RM1.5 juta.

Turut menerima bantuan ialah sekolah jenis kebangsaan Cina melibatkan RM6 juta, sekolah jenis kebangsaan Tamil RM5 juta, sekolah menengah persendirian Cina RM2 juta, sekolah menengah jenis kebangsaan dan sekolah mubaligh RM1.5 juta.


(Sebanyak enam kategori sekolah diberikan bantuan iaitu Sekolah Agama Rakyat
RM11 juta ringgit, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah
kebangsaan RM1.5 juta)

Media Baharu