fb fb fb fb fb

Perjuangan Bapa Animasi Malaysia amat disanjungi - Datuk Fahmi

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menziarahi dan menyampaikan bantuan kepada Bapa Animasi Malaysia, Hassan Abdul Muthalib

KUALA LUMPUR, 13 November - Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menziarahi dan menyampaikan bantuan kepada Bapa Animasi Malaysia, Hassan Abdul Muthalib di Pandan Indah, Kuala Lumpur menerusi inisiatif Ziarah Seni MADANI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). 

Beliau berkata perjuangan tokoh berkenaan dalam mengembangkan seni animasi dan perfileman tanah air amat disanjungi.

"Saya akan minta supaya beliau tampil ke ibu pejabat FINAS, setelah di serahkan kepada pihak FINAS dalam masa yang terdekat ibu pejabat baru di Sungai Buloh untuk beliau membantu memberikan satu sesi 'masterclass' mengenai seni filem beberapa aspek yang lain.

"... dan saya percaya karya-karya tulisan beliau dan juga penyertaan beliau dalam buku-buku naskhah-naskhah akademik wajar dikumpulkan juga oleh FINAS", kata Datuk Fahmi.

Menurutnya, setakat ini, tokoh berkenaan kian pulih daripada kecederaan yang dialami dan dijangka dapat menjalani rutin harian dengan lebih baik dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi.

"Kita susun dan kita aturkan melalui FINAS dan saya lihat alhamdulillah, beliau makin sihat walaupun kecederaan di bahagian tengkuk. Bersyukur, tidak ada tulang-tulang  dan sebagainya. Saya percaya dalam masa berapa bulan, insya-Allah beliau cukup sihat untuk meneruskan tugas-tugasnya", katanya.

Selain itu, Datuk Fahmi juga menyeru generasi muda menyertai bidang animasi yang disifatkan bergerak lebih maju, selain usaha membukukan perjalanan perkembangan animasi di negara ini.

"Generasi kita tahu hari ini animasi di Malaysia telah bergerak begitu jauh kalau dibandingkan dengan antara filem animasi awal Pak Hassan Muthalib terlibat dengan beberapa filem Sang Kancil animasi awal yang boleh kita tonton secara dalam talian", katanya.

"Sekarang termasuklah Sang Kancil dan Monyet antara lain, jadi ini bagi kami yang membesar pada zaman 80-an ini sinonimlah dengan dengan bila kita buka TV kita tengok.

"Saya harap perjalanan perkembangan untuk animasi dalam negara kita ini dapat dibukukan juga sebagai menghormati usaha individu tokoh besar negara seperti Hassan Muthalib.

Datuk Fahmi turut berharap agar lebih ramai yang menyokong serta mengamati karya yang pernah dihasilkan beliau.

ROSLINA BINTI DIN