fb fb fb fb fb

Kendali FELDA dengan cekap dan sistematik - PM

SERDANG, 7 Julai - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) perlu dikendalikan secara lebih cekap dan sistematik bagi memastikan kebajikan peneroka terus terjamin, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebarang ketirisan tidak dibenarkan dalam pengurusan badan tersebut yang dilihat boleh merugikan pihak FELDA.

Kerajaan akan memperbaiki kelemahan sedia ada termasuk akan campur tangan dalam perkara dasar serta pengurusan FELDA sendiri.

"Ini permulaan yang baik supaya peneroka yakin kita tegas dalam bidang ini, FELDA ini mempunyai sejarah gemilang, tetapi kalau tidak diurus dengan baik, kalau kita izinkan pembaziran, amalan melabur sogokan kawan-kawan sehingga kerajaan menampung RM8.3 bilion untuk melupuskan hutang peneroka-peneroka. Saya lakukan kerana peneroka itu keluarga saya dan saya mahu keluarga FELDA merasakan kerajaan ini kerajaan saudara-saudara," kata Anwar di sini.

(Anwar berucap pada Majlis Sambutan Hari Peneroka 2023 Peringkat Kebangsaan, di sini)

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Aminuddin Shaari serta Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Media Baharu