fb fb fb fb fb

PRN Johor: KKMM terima banyak aduan berita palsu- Annuar Musa


KLUANG, 19 Februari-
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan mempergiatkan pemantauan terhadap penyebaran berita palsu berkaitan PRU Dewan Negeri Johor Ke-15.

Menterinya,Tan Sri Annuar Musa berkata ,tindakan itu dibuat berikutan pihaknya menerima banyak aduan berhubung kes berkenaan.

Bagaimanapun, jelas beliau, keadaan ketika ini masih terkawal.

“Kita kena sepanjang masa memantau keadaan itu (berita palsu) dan kita tahu, kita tidak boleh menghapuskan 100 peratus tetapi kita menggerakkan dan membangkitkan kesedaran kerana menyebarkan berita palsu bukan sahaja tidak baik malah tidak membawa untung kepada sesiapa,” katanya selepas program Santai Anak Muda di Ngepot Kabin di Kluang, malam tadi.

Ulasnya, selain penguatkuasaan, pihaknya akan turut mempergiatkan usaha bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keburukan penyebaran berita palsu.

Ia akan dilaksana menerusi pelbagai platform termasuk televisyen dan media sosial.

Media Baharu