PRN Johor: BN berhasrat ketengah lebih ramai calon wanita

Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Foto fail RTM

PUCHONG, 3 Jun– Barisan Nasional (BN) berhasrat mengetengahkan lebih ramai calon wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Langkah penting memperkukuh penyertaan wanita dalam arena politik di peringkat negeri.
  • Penglibatan wanita diharap turut dipertimbangkan untuk jawatan kepimpinan dalam parti.
  • Johor antara negeri dengan wakil rakyat wanita BN tinggi; calon wanita menang 26 peratus pada PRN lalu.
  • BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi pada PRN Johor ke-15.

Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata langkah itu penting sebagai usaha memperkukuh penyertaan golongan wanita dalam arena politik khususnya di peringkat negeri.

Selain pembabitan dalam pilihan raya, beliau turut berharap penglibatan wanita turut dipertimbangkan dalam kepimpinan parti berkenaan.

“Kami sememangnya mahu agar calon-calon wanita dapat diketengahkan sebab sekarang Johor menjadi antara negeri yang mempunyai wakil rakyat wanita BN paling tinggi.

“Ketika ini, calon wanita yang menang pada PRN lalu adalah sebanyak 26 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media lawatan media ke Terminal Pengedaran Biodiesel di Klang Valley Distribution Terminal, KVDT, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Dr Noraini yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, usaha meningkatkan penyertaan wanita dalam PRN Johor turut dibincangkan bersama kepimpinan tertinggi parti.

Pada PRN Johor ke-15, BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.