fb fb fb fb fb

PRN Johor: 3,000 anggota, pegawai polis bertugas pada hari penamaan calon.


MERSING, 20 Februari
- Kira-kira 3,000 anggota dan pegawai polis akan ditugaskan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu depan bagi memastikan proses berkenaan berjalan lancar.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya akan menambah anggota ketika tempoh berkempen mengikut keperluan.

Penugasan katanya tertumpu kepada pematuhan SOP seperti yang sudah ditetapkan.

"Kita akan tingkatkan keanggotaan semasa kempen mengikut keperluan dan ada jumlah pegawai yang sudah bersiap sedia.

"Semua pihak diminta mematuhi peraturan dan mengikuti nasihat serta arahan yang diberikan pasukan polis yang bertugas supaya ketenteraman awam sentiasa terpelihara," katanya kepada pemberita selepas program Dialog Ketua Polis Johor bersama Warga Felda Tenggaroh di Tanjung Leman, Mersing.

Sementara itu, polis Johor belum menerima sebarang laporan polis berkaitan pilihan raya di Johor dan kebanyakannya mematuhi SOP ditetapkan.

Permohonan permit bagi kempen pilihan raya pula akan dikeluarkan selepas penamaan calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh pengundian PRN Johor pada 12 Mac manakala 8 Mac ditetapkan untuk pengundian awal.

Media Baharu