fb fb fb fb fb

72 Felda di Johor jadi lubuk penagih dadah


MERSING, 20 Februari-
Semua 72 Felda di Johor dikesan menjadi sarang kegiatan penagihan dadah.

Aktiviti itu tertumpu di kawasan Felda kerana hasil jualan kelapa sawit yang tinggi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kebanyakan penagih terdiri daripada generasi kedua dan ketiga Felda.

"Mereka jual sawit untuk beli dadah, mereka semua ni bekerja kebanyakannya di bidang sawit iaitu buruh dan hasil daripada
penjualan atau upah digunakan untuk membeli dadah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Dialog bersama penduduk Felda Tenggaroh di Mersing, Johor.

Seramai 58 penagih ditahan tiga hari lalu menerusi Ops Tapis yang dijalankan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Felda Tenggaroh, Mersing.

"Dalam operasi selama dua hari berakhir semalam, kebanyakan mereka terdiri daripada generasi kedua dan ketiga FELDA, disyaki mengambil dadah jenis syabu atau 'Ice' dan hasil siasatan kita mendapati terdapat penagih tegar dan juga penagih baharu," katanya.

Menurutnya polis juga mengesan kegiatan penagih dadah yang mencuri kelapa sawit berikutan kenaikan harga komoditi itu bagi membeli dadah.

Media Baharu