fb fb fb fb fb

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan akan adakan mesyuarat di semua peringkat

Foto BERNAMA

NIBONG TEBAL, 6 Jun- Kerajaan Perpaduan akan mengadakan mesyuarat di semua peringkat sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata mesyuarat tersebut merangkumi cabang bahagian, negeri dan pusat.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata setakat ini untuk persiapan awal berjalan lancar di semua peringkat.

"Insya-Allah di peringkat pusat kita akan adakan mesyuarat untuk menetapkan beberapa perkara.

"Saya percaya calon perpaduan yang akan ditonjolkan akan berupaya untuk memenangi semua kerusi Sungai Bakap nanti.

"Insya-Allah, pasti pihak parti termasuk pejabat presidan akan meneliti secara menyeluruh semua kriteria yang dirasakan cocok dan sesuai, dengan mungkin kehendak serta aspirasi warga di Sungai Bakap.

"Bagaimanapun, terserah kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan," katanya selepas mengadakan lawatan ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Sungai Bakap pada 6 Julai ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr. Azmi Sharom berkata, tarikh penamaan calon pula pada 22 Jun ini, manakala undi awal ditetapkan pada 2 Julai depan.

PRK Sungai Bakap akan diadakan susulan kekosongan luar jangka apabila penyandangnya Nor Zamri Latiff meninggal dunia pada 24 Mei lalu.

Artikel Berkaitan:
PRK Sungai Bakap diadakan 6 Julai - SPR

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM