fb fb fb fb fb

Boost Bank diminta sedia latihan, bimbingan kepada golongan muda

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Boost Bank untuk tidak hanya menyediakan perkhidmatan seperti bank konvensional tetapi juga turut menyediakan latihan dan bimbingan kewangan digital untuk golongan muda.

Menurut beliau, latihan dan bimbingan tersebut bagi meningkatkan tahap kecekapan dan keterampilan golongan tersebut khususnya dalam celik kewangan.

"Kalau bicara soal transformasi digital, itu sangat pantas.Sebab tu saya usulkan tadi Axiata, RHB, dan Boost Bank jangan telepas usaha untuk terus melancarkan atau megadakan program-program latihan kepada anak-anak, tenaga baharu.

"Bukan sekadar profesyenn seperti biasa tetapi pantas mengikuti perkembangan semasa," katanya selepas melancarkan Boost Bank di ibu negara.

Boost Bank adalah gabungan 40:60 oleh RHB Bank dan Boost Holdings Bhd, anak syarikat tidak langsung Axiata Group Bhd dan merupakan bank digital yang membolehkan pengguna melakukan transaksi kewangan secara digital.

Bank digital tersebut turut diminta untuk menyediakan maklumat menerusi aplikasinya berkaitan isu semasa dan penemuan-penemuan baharu dalam sektor kewangan dan bermatlamat memenuhi keperluan kelompok masyarakat yang kurang akses atau tanpa akses kepada perkhidmatan kewangan.

Dalam pada itu, Boost Bank menyediakan laporan berkaitan kemudahan perkhidmatan kewangannya yang ditawarkan kepada pengguna.

Laporan tersebut akan dibentangkan oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo di kabinet dalam tempoh enam bulan bagi mengetahui keberkesanan insiatif bank digital itu yang dilihat mampu menarik dan mendidik orang ramai khususnya golongan muda dalam bidang digital.

"Sebab itu digital, transformasi digital itu mendesak dan saudara-saudara lebih sibuk untuk melihat perkembangan baharu dan dunia baru.

"Kalau ada media sosial pun dia gunakan, itu memberi penambahan apa yang disebutkan tadi, kecelikan digital," katanya.

Laporan berkenaan turut meliputi penerokaan baharu dalam kewangan digital dan menerapkan inklusiviti iaitu penyertaan semua golongan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PMKS) selaras dengan konsep Malaysia MADANI.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI