fb fb fb fb fb

PRK Ayer Kuning: BN Perak lancar jentera 5 April

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad/BERNAMA

BIDOR, 16 Mac- Barisan Nasional (BN) akan melancarkan jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 5 April depan.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelancaran itu akan diadakan dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Tapah.

Pada majlis sama, pihaknya juga akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding dalam PRK tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari penamaan calon adalah pada 12 April manakala hari mengundi awal dan hari mengundi pada 22 dan 26 April depan.

"Pada 5 April hari Sabtu, pada waktu itu kita akan lancar jentera dan pada hari sama kita akan umumkan nama calon.

Hari itu (5 April) adalah sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Tapah. Setiap tahun dia buat. Jadi, kita tumpang dia," kata Datuk Saarani kepada pemberita, hari ini.

Beliau ditemui pada sidang media Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama di Dewan Kampung Dato Kamaruddin, Bidor, pagi tadi.

150 penerima daripada setiap 59 kawasan DUN di Perak terlibat dengan program tersebut melibatkan jumlah peruntukan keseluruhan RM1.35 juta.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM