KUALA LUMPUR, 16 Mac- Cirit-birit berpanjangan dan keadaan perut kurang selesa sehingga tiga atau empat minggu antara gejala penyakit radang usus yang perlu mendapatkan rawatan segera.
Pakar Gastroentrologi dan Hepatologi, Hospital Thomson, Dr. Ruveena Bavani Rajaram memaklumkan, jika gagal dirawat lebih awal, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti kanser usus.
"Simpton yang biasa dialami pesakit ialah sakit perut dan pedih perut. Pesakit rasa senak lepas makan dan kadang-kadang gastrik atau ulser sudah berlarutan.
Kalau ulser ini berlarutan dan tidak diberi rawatan, ulser itu ada risiko untuk menjadi kanser," kata Dr. Ruveena kepada pemberita, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu dalam Program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Angkasapuri Kota Media, di sini.
Tambah beliau, amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan pengambilan antibiotik berlebihan, stres berpanjangan, pengambilan makanan pro radang, tinggi gula dan berlemak antara punca utama radang usus.
Oleh itu, beliau menyarankan pengambilan makanan nasihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta elakkan makanan pedas, masam terutama ketika berbuka puasa.