fb fb fb fb fb

Prestasi pelaburan memberangsangkan - Liew Chin Tong

KUALA LUMPUR, 13 Mac- Malaysia merekodkan prestasi memberangsangkan dengan kelulusan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor padatahun 2021 sebanyak RM309.4 bilion dan bagi tahun 2022 dengan jumlah pelaburan bernilai RM264.6 bilion.

Daripada keseluruhan jumlah pelaburan tahun 2022, pelaburan asing menyumbang melebihi separuh iaitu 61.7% atau RM163.3 bilion, manakala pelaburan domestik menyumbang 38.3% atau RM101.3 bilion.


(Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong)

Jelas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong, jumlah pelaburan yang diluluskan ini berpotensi mewujudkan sejumlah 140,370 peluang pekerjaan baharu.

"Bagi tempoh 2018 hingga Julai 2022, sebanyak 3,893 projek pengilangan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM503.3 bilion telah diluluskan di dalam negara. Projek-projek ini telah menyediakan 331,509 peluang pekerjaan. Daripada jumlah ini, sebanyak RM388.2 bilion (77.1%) adalah pelaburan langsung asing manakala RM115.1 bilion (22.9%) merupakan pelaburan langsung domestik," katanya.

Tambahnya lagi, Asia Tenggara kini telah menjadi tumpuan dunia iaitu syarikat-syarikat Amerika Syarikat dan Eropah tidak lagi mahu terlalu terikat dengan pelaburan di negara China sahaja melalui model “China + 1”, atau mahu beralih keluar daripada China.

Manakala, syarikat-syarikat China yang menjadi pembekal kepada syarikat-syarikat Eropah dan Amerika Syarikat turut memilih Asia Tenggara sebagai destinasi pelaburan pilihan.

Liew Chin Tong menjawab pertanyaan ahli parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan.

Media Baharu