KUALA LUMPUR, 27 Julai- Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Ketua Wanita UMNO Malaysia dan Menteri Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook menyifatkan allahyarham merupakan seorang wanita hebat, kental dalam menghadapi segala cabaran dan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 1996.
"...saya menyaksikan aura seorang pemimpin yang menerajui perjuangan institusi Wanita UMNO Malaysia ketika itu dengan jayanya.
"Allah sayang kau, kak. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang beriman dan beramal soleh," katanya menerusi hantaran itu.
Beliau turut mendoakan agar seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan tabah dalam menghadapi ujian itu.