fb fb fb fb fb

Prasarana bakal guna sepenuhnya kenderaan elektrik menjelang 2037

Foto Fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Kenderaan elektrik (EV) akan digunakan sepenuhnya oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menjelang tahun 2037.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata bermula tahun depan, setiap pembelian bas hanya akan melibatkan kenderaan eletkrik sahaja.

"Satu lagi perkara penting bermula tahun depan, kita akan cuba supaya pembelian bas baharu ke arah mobiliti hijau iaitu menggunakan tenaga elektrik. Ini merupakan satu dasar berkaitan bas yang kita tetapkan."

"Selain itu, ada pembelian 310 buah bas yang menggunakan diesel. Namun, saya nyatakan kepada pengurusan Prasarana bahawa itu adalah pembelian terakhir untuk bas diesel. Ini kerana tender sudah dikeluarkan maka tidak dapat dibatalkan lagi. Kemudian, semua perolehan bas perlu ke arah mobiliti hijau," jelas Anthony kepada pemberita ada sesi pembentangan laporan prestasi Prasarana 2023 dan Pelan 2024 di ibu negara.

Jelasnya, inisiatif itu selaras Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) sekali gus mencapai mobiliti hijau dalam sektor pengangkutan awam.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM