fb fb fb fb fb

Isu harga bawang, dalam penelitian kerajaan - KPDN

Foto BERNAMA

PELABUHAN KLANG, 9 Januari- Harga bawang India meningkat susulan sekatan eksport dikenakan di negara itu sehingga 31 Mac tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata kerajaan India menyekat eksport bawang ketika ini bagi memastikan bekalan domestik mereka mencukupi terutamanya semasa berlangsung pilihan raya.

"Sebenarnya isu ini di luar kawalan kita, apabila kita bergantung kepada barangan dari luar negara. Polisi kerajaan tertentu, kita tidak boleh kawal. Saya sahkan di sini bahawa, berdasarkan laporan pemantauan peringkat KPDN.

Tanggungjawab kita adalah bahagian penguatkuasaan dan pemantauan," kata Armizan kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan meninjau persiapan pelaksanaan secara rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0, di sini.

KPDN juga telah memaklumkan isu harga bawang kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), dalam usaha untuk mencari alternatif meningkatkan bekalan bawang di negara.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM