fb fb fb fb fb

PPS SMK Changlun dibuka

KUBANG PASU, 25 September- Pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dibuka, berikutan banjir di dua buah kampung di daerah Kubang Pasu.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah Mejar (Pertahanan Awam) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, "seramai 21 penduduk terjejas banjir daripada enam keluarga ditempatkan di situ.

Muhammad Suhaimi menerusi kenyataan menjelaskan, "PPS berkenaan dibuka pukul 9.00 malam tadi turut menempatkan dua warga emas dan 10 kanak-kanak.

"Hujan berterusan melebihi lapan jam menyebabkan kejadian banjir di Kampung Nangmah dan Kampung Paya Nong Mi kira - kira pukul 8.50 malam tadi."

Bagaimanapun setakat pukul 11.00 malam tadi, aras air banjir menunjukkan trend peningkatan.

Semua penduduk dinasihatkan untuk terus mematuhi arahan yang diberikan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Selain APM, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) turut terlibat memindahkan penduduk terjejas ke PPS.

(Penduduk terjejas banjir dibawa ke PPS SMK Changlon)

Media Baharu