fb fb fb fb fb

211 penduduk terjejas banjir di empat negeri

(FOTO APM BEAUFORT)

KUALA LUMPUR, 26 September- Penduduk terjejas banjir di empat negeri iaitu Sabah, Sarawak, Kedah dan Perak meningkat kepada 211 orang, setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Portal Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) merekodkan Sabah paling ramai melibatkan daerah Beaufort dengan 134 orang daripada 46 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Selagon.

Angka tersebut diikuti Perak iaitu 38 orang daripada sembilan keluarga dari daerah Kerian di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak.

Kedah pula membabitkan 31 orang daripada lapan keluarga bagi daerah Kubang Pasu yang berlindung di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlon.

Sementara yang terakhir dicatatkan Sarawak dengan lapan orang daripada tiga keluarga dari daerah Limbang di PPS Dewan Serbaguna Buluh Balui.

Bilangan penduduk terjejas tersebut tidak berubah setakat pukul 8.00 malam tadi, kecuali bagi negeri Kedah yang mula direkodkan dalam data portal terbabit pada pukul 12.00 tengah malam tadi.

(FOTO PORTAL BENCANA NADMA)

Media Baharu