fb fb fb fb fb

PPS SK Bukit Lintang ditutup

Keadaan banjir di Johor

KOTA TINGGI, 5 Mei- Pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, Kota Tinggi, ditutup secara rasmi pukul 2.30 petang tadi, selepas banjir surut di kawasan tersebut.

PPS tersebut beroperasi selama 26 jam dan menempatkan 300 penduduk daripada 69 keluarga dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam satu kenyataan berkata, penutupan dilakukan selepas pemantauan mendapati air sungai berada dalam keadaan selamat.

"Paras air di kawasan kediaman surut sepenuhnya.

"Setakat 2.30 petang, lima sungai di Kota Tinggi menunjukkan paras normal, iaitu antara 1.31 hingga 13.41 meter," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI