fb fb fb fb fb

Malaysia perlu eratkan lagi hubungan dua hala dengan Arab Saudi - PM

Anwar Ibrahim

GEORGE TOWN, 5 Mei- Malaysia akan memperkukuh kerjasama ekonomi dengan Arab Saudi, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya saing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hubungan rakan dagang itu terjalin hasil kekuatan dan kestabilan politik negara ini.

Tambah Anwar, hubungan berkenaan merupakan penghormatan terbesar buat negara.

"Dengan kekuatan dan kestabilan politik yang ada, fokus kita mestilah menjana pertumbuhan ekonomi. Seperti mana disebutkan tadi, kunjungan saya ke negara Arab baru-baru ini khususnya ke Riyadh atas undangan Putera dan Pedana Menteri, Muhammad bin Salman untuk hadir ke Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF).

"Selain Saudi Aramco (Aramco) yang melabur besar di Pengerang (Johor), (sebanyak) puluh billion ringgit... baru-baru ini adalah daripada ACWA Power.

"ACWA Power, satu-satunya syarikat digital terbesar di Arab Saudi bersetuju untuk melabur dan diberikan tempoh dari sekarang sehingga empat ke lima tahun akan datang sebanyak RM10 billion. Ini satu kemajuan yang kita harapkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara bersekali dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini hari ini.

SITI AISHAH MD ISA