fb fb fb fb fb

PPS di Pontian dibuka, penduduk terjejas masih dilarang pulang ke rumah - APM

PONTIAN, 3 Ogos- Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir dibuka di Pontian, Johor sejak semalam, berikutan hujan berterusan mengakibatkan beberapa buah rumah di Kampung Seri Bukit Panjang dinaiki air.

PPS di Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Panjang yang dibuka pada pukul 8 malam semalam, menempatkan 22 penduduk terjejas daripada keluarga.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataannya memaklumkan hujan lebat selama dua jam sejak pukul 4.30 petang semalam, menyebabkan paras air naik dan penduduk terpaksa dipindahkan.

"Sehingga kini, penduduk masih tidak dibenarkan pulang disebabkan kemungkinan hujan pada hari ini," kata kenyataan itu.

Antara agensi terlibat semasa pemindahan dan operasi di PPS ialah Pejabat Daerah Pontian, Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Kerja Raya (JKR).


(PPS Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Panjang dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas banjir)

 

Media Baharu