fb fb fb fb fb

Dua lelaki cedera, langgar lori tangki di lebuhraya PLUS

SLIM RIVER, 3 Ogos- Dua cedera selepas kereta dinaiki melanggar belakang sebuah lori tangki membawa muatan gas petroleum cecair (LPG) di Kilometer 372.3 Lebuhraya PLUS arah utara, malam tadi.

Tiada kebocoran dilaporkan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 9.06 malam sebelum ke lokasi insiden.

"Sebaik tiba, kami mendapati sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki telah melanggar bahagian belakang lori tangki berkenaan sehingga menyebabkan kedua-duanya tersepit," katanya kepada pemberita RTM.

Kerja-kerja penyelamatan dilakukan oleh anggota bomba menggunakan peralatan khas sebelum mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, pemandu lori tangki tidak mengalami sebarang kecederaan.


(Dua individu tersebut terpaksa dikeluarkan pihak bomba dengan menggunakan peralatan
khas susulan keadaan kenderaan yang remuk akibat pelanggaran)

Media Baharu