fb fb fb fb fb

Potensi perubatan kanabis, ketum sedang dinilai

(Lawatan Datuk Seri Fadillah Yusof ke Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Kenaf dan Tembakau Negara di Kubang Kerian/FB Fadillah Yusof)

KOTA BHARU, 30 Januari- Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang melihat potensi perubatan yang ada dalam tanaman ganja dan ketum.

Bagi tujuan itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perbincangan dengan Kementerian Kesihatan perlu diadakan.

Ia bagi melihat kesesuaian perlaksanaannya terutama dari segi kawalan sekiranya dibenarkan.


(Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof)

Katanya, walaupun negara luar terutama Amerika Syarikat, Belanda dan Thailand telah membenarkan tanaman itu diusahakan, namun ganja dan ketum masih merupakan barang kawalan di negara ini.

"Bila kata kannabis ini persepsinya agak berat jadi sebab itu kita perlu uruskan dan saya melihat bahawa kalau kita dapat keluarkan kan dalam keadaan terkawal maknanya, dari segi tanaman proses dan keseluruhan tapi lebih kepada untuk nilai perubatan sama ada hendak hasilkan minyaknya atau pun hasil-hasil lebih untuk eksport malahan untuk dijadikan proses perubatan dalam negara kita mungkin ini salah satu yang boleh kita fokuskan.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) di Kubang Kerian.

Media Baharu