BERA, 24 Mei - Pondok Polis Triang, di sini yang ditutup pada tahun 2016 akan kembali beroperasi, bulan depan.
Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata pengoperasian semula pondok polis tersebut adalah disebabkan permintaan penduduk di kawasan itu berikutan faktor jarak dan masa untuk ke balai polis di bandar Bera mengambil masa hampir setengah jam.

"Atas permintaan masyarakat di kawasan Triang ini jadi pihak PDRM telah meluluskan untuk mewujudkan semula pada peringkat pondok.
"Saya diberitahu telah di beri kelulusan dan kita telah memperbaiki semula bangunan ini dan kami menjangkakan pada 1 Jun ini kita akan buka semula untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat di kawasan Triang," katanya kepada pemberita selepas program “High Profile Policing", di sini.
Tambah Yahaya, penduduk setempat turut menyatakan kebimbangan dengan kejadian jenayah yang semakin meningkat di kawasan tersebut.