fb fb fb fb fb

Pondok Maahad Assyatirie musnah dalam kebakaran



YAN, 23 Januari-
Sebuah pusat pengajian pondok, Maahad Assyatirie di Dulang Besar, musnah dalam kebakaran petang semalam.

Bagaimanapun, 15 pelajarnya terselamat apabila mereka menjalankan aktiviti di luar ketika kejadian.

Kebakaran disedari pelajar yang melihat asap tebal dari bahagian atas sebelah kiri bangunan dua tingkat berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 6.32 petang.

"Sepasukan anggota dari BBP Yan yang turut dibantu pasukan BBP Guar Chempedak serta dua pasukan bomba sukarela dari Padang Lembu dan Guar Chempedak digegaskan ke lokasi.

Setibanya di lokasi, api sedang marak di tingkat atas pondok dan operasi pemadaman dilakukan untuk mengelak api terus merebak," katanya.

Api dapat dikawal pada pukul 6.49 petang sebelum dipadam sepenuhnya pukul 8.24 malam.

Kira-kira 80 peratus bahagian atas bangunanan yang dijadikan asrama, musnah dalam kebakaran itu.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Media Baharu