fb fb fb fb fb

29 Saman dikeluarkan langgar lampu isyarat merah

KULAI, 23 Januari - 29 saman Pol 257 dikeluarkan, terhadap pemandu yang melanggar lampu isyarat merah di Jalan Lengkongan, Kulai, Johor, semalam.

Operasi dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), bermula sepuluh pagi hingga 12 tengah hari, susulan aduan awam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow memaklumkan, 7 saman turut dikeluarkan atas lain–lain kesalahan.

Sebuah kereta turut disita.

Operasi bertujuan mendisiplinkan pengguna jalan raya bagi memastikan kesalahan berkenaan, dapat dibendung, selain mengurangkan risiko berlakunya kemalangan jalan raya.

Tindakan diambil mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media Baharu