fb fb fb fb fb

Polis Terengganu terima laporan kematian bayi di sebuah universiti

Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din

KUALA TERENGGANU, 25 Oktober- Polis Terengganu menerima laporan kejadian seorang bayi perempuan berusia setahun empat bulan yang meninggal dunia di dalam kereta di sebuah universiti awam sekitar Kuala Nerus, Terengganu petang semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din.

Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 4.30 petang daripada kakitangan pusat kesihatan universiti berkenaan.

Sebaik menerima laporan, pihak polis ke lokasi kejadian dan mendapati bayi terbabit sudah meninggal dunia.

"Bedah siasat telah dijalankan pada malam tadi namun sebab kematian masih belum diperolehi. Kita telah buka kertas siasatan bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI