fb fb fb fb fb

Polis Terengganu alami kerugian hampir RM1 juta akibat bencana MTL

FOTO BERNAMA

BESUT, 9 Januari- Seramai 154 anggota dan pegawai polis di Terengganu terkesan akibat bencana banjir Monsun Timur Laut (MTL) yang lalu.

Nilai kerugian direkodkan mencecah hampir RM1 juta meliputi kerosakan harta benda dan kediaman anggota terlibat.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata kesemua anggota dan pegawai polis yang terjejas akan diberi bantuan segera dan diselaras dalam masa terdekat.

Datuk Rohaimi turut memberitahu terdapat empat balai polis terkesan teruk akibat banjir yang bermula 18 Disember lalu.

Ia melibatkan dua di Besut dan masing-masing satu di Dungun serta Kuala Terengganu.

"Musim terdahulu, peruntukan diberikan oleh kerajaan untuk premis dan balai-balai polis termasuk dengan perumahan yang mengalami kerosakan dalam anggaran RM500,000.

Jadi, mungkin kali ini akan meningkat sedikit kerana terdapatnya premis baharu yang turut terlibat kerana bencana luar biasa tahun ini," kata Rohaimi kepada pemberita RTM selepas menyampaikan sumbangan pasca banjir kepada pelajar terjejas banjir di Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh, Besut.


(Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa/BERNAMA)

Banjir MTL baru baru ini turut melibatkan 5,208 pelajar sekolah rendah dan menengah di Besut yang terjejas banjir.

Media Baharu