fb fb fb fb fb

EAT@MELAKA selaras agihan bekalan telur ke seluruh negara

AYER KEROH, 9 Januari- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka dengan kerjasama beberapa pembekal telur di negeri itu, menyasarkan 40 juta biji telur dibekalkan ke seluruh negara untuk tempoh Januari hingga Jun.


Pasukan khas dikenali sebagai Egg Action Team (EAT) atau EAT@MELAKA diwujudkan bagi menyelaras agihan bekalan ke 34 Pusat Operasi FAMA seluruh negara.

Menurut Pengarah FAMA Melaka, Hairudin Yunos, sejak dilaksana 19 Disember lalu, sebanyak 1.7 juta biji telur telah diedarkan setiap minggu.

"Jadi kita mencari satu sumber sahaja kita takkan di FAMA Melaka sebab kita boleh mendapatkan kerjasama yang baik daripada ladang. Jadi kita bekalkan kepada seluruh pusat operasi FAMA di peringkat Semenanjung iaitu sebanyak 34 pusat operasi dan diambil oleh negeri-negeri dari Melaka.

"Pada masa yang sama ada juga ladang dari negeri berkaitan yang memberi bekalan secara terus. Tapi Melaka merupakan pembekal terbesarlah sebab tu kita menambah kuota kepada negeri-negeri untuk mereka lakukan jualan dan memenuhi permintaan pengguna di sana mengikut kemampuan," kata Hairudin kepada media di sini.

(EAT@MELAKA selaras agihan bekalan telur ke seluruh negara, menurut Hairudin)

Media Baharu