fb fb fb fb fb

Polis tahan lelaki 'wheelie' sambil bawa anak

JOHOR BAHRU, 18 Februari- Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal secara berbahaya sambil membonceng kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya seperti yang tular di media sosial, Selasa lalu membawa padah selepas dia ditahan polis petang semalam.

Dia yang berusia 20an itu, turut dikenakan tiga saman atas kesalahan nombor pendaftaran, cukai jalan tamat tempoh dan tidak memakai topi keledar.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid memaklumkan, siasatan mendapati suspek melakukan aksi "wheelie" terbabit, bagi meraih perhatian warganet.

Aksi tersebut dirakam oleh rakan suspek, sebelum dimuat naik ke akaun Facebooknya.

Turut dirampas, sebuah motosikal yang digunakannya dalam video terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media Baharu