KUALA LUMPUR, 18 Februari- Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan pelawak, Ali Puteh untuk membayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya, Nor Hidayah terhadap kes saman fitnah.
Keputusan itu diputuskan oleh Hakim, Zulqarnain Hassan pagi tadi.
Wakil Peguam Nor Hidayah, Mohamed Ibrahim Mohamad berkata, Hakim menolak tuntutan keluarga Allahyarham Abam Bocey pada 10 Februari 2020 dengan kos.
Dalam pada itu, peguam mewakili Ali Puteh memaklumkan, akan membuat rayuan kes ini ke Mahkamah Tinggi.
Dua tahun lalu, Balu Allahyarham Abam Bocey telah memfailkan saman terhadap Ali sekeluarga berjumlah RM900,000 berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.