fb fb fb fb fb

SIRIM bantu pengusaha IKS terjejas COVID-19

KULAI, 18 Februari- SIRIM Berhad (SIRIM) membantu 30 pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terjejas pandemik, menerusi Program Peningkatan Persembahan Produk Usahawan B40, sejak 30 Ogos 2021.

Bantuan melibatkan pembangunan jenama, pelabelan, kandungan nutrisi, bahan promosi, serta kursus asas pemasaran digital.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, inisiatif tersebut akan diteruskan kepada usahawan lain, bagi membolehkan mereka bersaing di peringkat serantau, seterusnya global.

"Secara ringkasnya saya katakan sini, SIRIM,MITI, akan terus membantu usahawan dan industri sama ada mikro, kecil atau sederhana, untuk segera meneruskan aktviti perniagaan mereka, dan kita meletakkan satu harapan yang tinggi," kata Azmin.

Selepas tamat program, usahawan terlibat akan menerima reka bentuk logo, serta perlabelan dan pembungkusan makanan lengkap dengan fakta nutrisi yang menepati Akta Pemakanan.

Beliau berkata demikian selepas mengunjungi salah satu peserta program terbabit, Anak Bapak Maju Enterprise, Senai di sini.

Nilai eksport negara mencatatkan RM1.24 trillion, pada tahun lalu, sekali gus membuktikan pasaran produk tempatan menerima manfaat daripada pembukaan sempadan negara.

Ia juga merupakan penanda aras, bahawa kualiti produk tempatan dapat memenuhi piawaian antarabangsa.

Media Baharu