fb fb fb fb fb

Polis tahan 46 warga asing, bantu siasatan rusuhan di Bukit Mertajam

Polis cuba mengawal keadaan / Foto RTM

BUKIT MERTAJAM, 21 Jun - Polis menahan 46 warga asing yang bertindak melakukan rusuhan di hadapan pekarangan bangunan The Summit di Bukit Mertajam, pada Jumaat.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Helmi Haris.

Insiden berlaku kira-kira pukul 10.42 malam itu dipercayai berpunca daripada ketidakpuasan hati sekumpulan pekerja terhadap warden asrama yang didakwa mengutip denda terhadap pekerja terbabit.

Ini susulan pihak syarikat telah mengenakan peraturan kepada pekerja yang menginap di asrama terbabit, agar tidak dibenarkan merokok atau mengambil minuman keras di sekitar kawasan terbabit.

Rusuhan turut mengakibatkan kerosakan pada van syarikat yang diletakkan di hadapan bangunan.

Kesemua suspek direman selama empat hari sehingga 24 Jun depan bagi siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, polis menerima maklumat berkenaan kejadian itu daripada orang awam, terdapat sekumpulan pekerja warga asing berkumpul di pekarangan bangunan The Summit di Bukit Mertajam.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ