fb fb fb fb fb

Polis siasat letupan bunga api di Kedah

Letupan bnungai api di Dataran Bandar Baharu, Kedah

BANDAR BAHARU, 1 Januari- Polis melakukan siasatan terhadap insiden letupan bunga api meletup di Dataran Bandar Baharu, Kedah, awal pagi tadi.
 
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan berlaku ke atas pengunjung yang hadir.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu Deputi Superintenden (DSP) Azmi Mokhtar berkata, semakan mendapati, pihaknya tidak dimaklumkan dan menerima sebarang permohonan berkaitan pembakaran bunga api oleh pihak penganjur dan tiada sebarang permit dikeluarkan.
 
"Siastan dijalankan bawah Seksyen 3 (5) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih daripada RM100 atau dipenjarakan dalam tempoh tidak lebih sebulan atau kedua-duanya sekali," katanya.
 
DSP Azmi turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kejadian itu kerana ia dikhuatiri boleh menimbulkan kegusaran awam.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI