fb fb fb fb fb

Polis Pulau Pinang perhebat usaha banteras sindiket dadah, operasi dan risikan dipertingkatkan

GEORGE TOWN, 5 Januari- Operasi membanteras sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah terus diperhebat di Pulau Pinang.

Menerusinya, polis akan menjalankan operasi besar besaran dengan meningkatkan risikan bagi mengesan dan mengekang kegiatan haram itu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pelbagai strategi dan taktik baharu akan digunakan bagi memberkas suspek yang terlibat dengan dadah sama ada kecil-kecilan mahupun pengguna.

70 peratus individu yang terlibat kes jenayah di negeri itu sepanjang tahun lepas, mempunyai rekod berkaitan dadah.

"Saya telah berbincang dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang kita akan meningkatkan maklumat-maklumat risikan, kerja-kerja risikan, inilah yang membawa kepada kejayaan besar membanteras penyeludupan dadah iaitu ianya dilakukan daripada sudut 'intelligent base operation' ",kata beliau pada perhimpunan bulanan Kontinjen Pulau Pinang di Padang Kawad Pasukan Simpanan Polis Persekutuan, Ayer Itam.

 

Media Baharu