fb fb fb fb fb

Banjir: Tiada kejadian jenayah di lokasi terjejas di Segamat

SEGAMAT,5 Januari- Tiada sebarang kes jenayah berlaku di lokasi terjejas banjir di daerah Segamat.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd Noh memaklumkan, sehingga hari ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian pecah rumah dan kes-kes jenayah lain.

Bagaimanapun, pihaknya akan sentiasa bersiap sedia sekiranya berlaku terdapat sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

"Buat masa ini Alhamdulillah tidak ada satu pun kejadian pecah rumah dan tidak ada kejadian jenayah di tempat-tempat yang ditinggalkan sebab kami membuat pemantauan menyeluruh dan memastikan apa sahaja tindakan di luar jangka akan kami pantau",katanya.

Media Baharu