fb fb fb fb fb

Lebih 5,500 Wira Agro alami kerugian RM67 juta, tanaman terjejas banjir


HULU LANGAT, 5 Januari- Bencana banjir terbaru menyebabkan kira-kira 5,550 pengusaha industri agromakanan atau Wira Agro melibatkan semua subsektor agromakanan terkesan dengan anggaran kerugian sebanyak RM67.72 juta

Bagimanapun menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II , Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, pihaknya melalui pelbagai jabatan dan agensi bawahnya masih melaksanakan penilaian bagi mengenal pasti kerugian sebenar dan dijangka terus meningkat.

Tambahnya, Selangor mencatatkan kerugian sebanyak RM11.88 juta melibatkan seramai 851 peserta Wira Agro iaitu pengusaha tanaman cili fertigasi dan usahawan Projek Industri Asas (IAT) bawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Selangor.

"Insha-Allah pihak kerajaan akan menghulurkan bantuan kepada usahawan-usahawan kita, mereka ini adalah hero fertigasi," katanya kepada pemberita pada program menyantuni Wira Agro di Hulu Langat, pagi tadi.

Lawatan melibatkan tiga lokasi projek Wira Agro yang terjejas banjir iaitu di Projek Fertigasi Sg. Lui, Pusat Inkubator dan Projek IAT di Dusun Tua.

Bantuan bakul makanan melalui inisiatif MAFI Prihatin dan input pertanian turut disumbangkan kepada pengusaha erjejas bagi meringankan beban mereka.

Turut hadir bersama dalam program itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Dato’ Zahimi Hassan dan Pengarah Pertanian Negeri Selangor Azahar Ibrahim.

Media Baharu