fb fb fb fb fb

Pascabanjir di Bentong dan Temerloh, 500 keluarga terima bantuan Team Ikan Utara Kedah


BENTONG, 5 Januari
- Kira-kira 500 keluarga terjejas banjir di Bentong dan Temerloh, Pahang menerima bantuan daripada Team Ikan Utara Kedah.

Menurut Penyelarasnya, Abu Hassan Abdullah, sumbangan berbentuk barangan keperluan seperti telekung, sejadah, pakaian dewasa dan kanak-kanak, makanan asas dan selimut.

Selain itu pihaknya turut membersihkan beberapa rumah.

Jelasnya usaha itu sebagai tanda prihatin kepada penduduk terjejas selepas harta benda rosak akibat banjir.

"Sahabat-sahabat saya daripada Kedah ni mereka 'collect' daripada Persatuan Perikanan dari Kedah, mereka dapat dana dari sana, beli barang dari sana..ada yang bagi duit dan ada yang bagi barang", katanya.

Sementara itu, wakil Team Ikan Utara Kedah, Norhamidah Mansor berkata, sebelum ini mereka turut membantu penduduk terjejas di Selangor.

"Kami tengok dalam facebook banyak yang tidak dapat bantuan..kami turun sebab kami ada lebihan dana dari Selangor. Kutipan kami banyak. Insaniah juga beri bantuan, menyokong usaha kami maka kami masuk bagi bantuan di sini", katanya.

Media Baharu