TELUPID, 5 Januari- Pejabat Pendidikan Daerah di kawasan terbabit banjir di Sabah diarah membuat laporan segera mengenai keadaan sekolah menjelang pembukaan sesi.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin berkata terdapat sekolah terjejas akibat banjir memerlukan masa untuk dipulihkan dan mungkin tidak cukup bersedia bagi pembukaan sekolah.
Penangguhan sementara sesi persekolahan akan dipertimbangkan jika terdapat sekolah yang masih digunakan sebagai PPS.
"Mengenal pasti apa juga kerosakan yang melibatkan kerosakan struktur bangunan, harta benda sekolah jadi saya minta mereka kena buat lengkap secepat mungkin untuk kita angkat ke KPM untuk diproses. Oleh sebab kita faham pengoperasian sekolah akan bermula pada 10 Januari ini", katanya selepas melakukan lawatan kerja ke SMK Ulu Sapi, di Telupid, Sabah.