KEMAMAN, 5 Januari- Sehingga jam 11 pagi tadi, jumlah penduduk terjejas banjir di Kemaman
berkurangan kepada sembilan orang daripada tiga keluarga.
Mereka di tempatkan di SK Lembah Jabor.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, jumlah itu berkurangan apabila satu PPS di SMK Geliga ditutup pada 8.30
pagi tadi.
Bagaimanapun penduduk masih perlu mengambil langkah berjaga jaga susulan fenomena air pasang besar, yang diramal berlaku sehingga Sabtu ini.
Sementara itu, menerusi publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Nerus Kampung Langkap, Setiu berada pada paras bahaya dengan bacaan 21.11 meter dari paras biasa, 17.00 meter.
Manakala Sungai Nerus di Kampung Bukit Setiu pula berada pada paras berjaga jaga iaitu 11.50 meter dari paras biasa 6.00 meter.